Wild about wild cats?
By joining our email list, you will receive the latest conservation updates, exciting stories from the field, our monthly newsletter, and more.
Join Our Email ListPanthera cares about your privacy. Read our Privacy Policy.
Kajian ini meneliti impak keberkesanan kos untuk meningkatkan usaha pemuliharaan harimau
New York, NY - Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Panthera, sebuah organisasi global dalam pemuliharaan harimau, walaupun terdapat peningkatan aktiviti pemburuan haram dalam tempoh sedekad yang lalu, pelbagai operasi dan inisiatif telah dilakukan untuk mengurangkan aktiviti pencerobohan. Dalam menjalankan inisiatif untuk menyelamatkan subspesies yang terancam tersebut, kajian menunjukkan kaedah pasukan rondaan hutan belantara adalah sangat berkesan untuk melindungi harimau.
Harimau Malaya adalah spesies harimau yang paling terancam di antara enam subspesies di dunia. Pada tahun lepas, PERHILITAN mengisytiharkan bahawa jumlah Harimau Malaya yang tinggal hanya 150 ekor di Semenanjung Malaysia dan berkemungkinan akan mengalami kepupusan dalam masa lima tahun yang akan datang. Pemuliharaan populasi Harimau Malaya didapati amat mencabar disebabkan oleh pasaran dan permintaan bahagian-bahagian badan harimau yang masih berterusan. Selain itu, kawasan hutan hujan tropika berbukit yang luas hanya dikawal oleh pasukan peronda yang kecil.
Diterbitkan dalam Frontiers in Conservation Science, kajian baru ini meneliti projek yang dijalankan selama lapan tahun dalam usaha untuk melindungi harimau di Taman Negara, Kenyir menggunakan kaedah yang telah digunakan oleh pihak polis dalam cara mengurangkan jenayah di bandar. Kajian ini juga menunjukkan bukti bahawa taktik yang diperkenalkan oleh pasukan elit pemburuan haram PERHILITAN yang dinamakan “SPARTA’, dengan kerjasama pasukan peninjau Panthera, telah mengurangkan kes pencerobohan pemburu haram daripada etnik Vietnam, Thai dan Kemboja sebanyak 40% semasa krisis jerat di Asia Tenggara.
Dalam tempoh lima tahun ini, kerajaan Malaysia telah melancarkan beberapa inisiatif untuk melindungi Harimau Malaya dan mencegah pemburuan haram daripada berterusan seperti pelaksanaan Operasi Bersepadu Khazanah pada 2019 dan Renjer Komuniti Veteran Orang Asli di bawah Program Perlindungan Biodiversiti dan Rondaan (BP3). Perlindungan ini juga termasuk Pewartaan Hutan Lipur Kenyir sebanyak 30,000 hektar oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2018 serta pewartaan terkini Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah Negeri Pahang untuk memastikan hutan yang lebih utuh dalam pemulihan populasi harimau. Dengan sokongan daripada pihak NGO, inisiatif ini dengan serta-merta meningkatkan bilangan peronda di Malaysia. Dalam melaksanakan kaedah tersebut, Lam Wai Yee, Pengurus Panthera Malaysia berkata bukan sahaja kuantiti, tetapi kualiti peronda juga perlu dititik beratkan.
“Hutan kita memerlukan pelindung, namun jika pasukan kekurangan latihan, sumber dan hala tuju, mereka berisiko menghadapi kesukaran dalam mengawal aktiviti pemburuan haram. Kami lebih menumpukan perhatian pada latihan intensif terhadap pasukan yang lebih kecil.”
Lam menjelaskan bahawa sebahagian besar kejayaan tersebut adalah hasil gabungan kemahiran tradisional dengan teknik terkini. ok
“Kami mengiktiraf kemahiran hutan daripada kaum Orang Asli yang banyak menyumbang kepada perubahan yang ketara dalam strategi kerjasama sejak lima tahun lepas. Kemahiran tersebut meningkatkan keberkesanan dalam melindungi dan memelihara hutan belantara. Pasukan yang efektif boleh terbentuk dengan adanya kemahiran menjejaki, kemahiran hutan, serta penganalisa yang berdedikasi dalam menjangkakan corak pergerakan pemburu haram”
Pasukan gabungan PERHILITAN-Panthera telah mengenalpasti bahawa kaedah penyingkiran jerat sebelum ini kurang berkesan, oleh itu pendekatan lain yang lebih sistematik perlu dilakukan dalam memerangi masalah ini. ok
Pengarang bersama dan instruktor Zainal Abidin Mat juga menambah, “Strategi kami berbeza dimana tumpuan utama kami adalah mencari dan memintas pasukan pemburu. Penyingkiran jerat hanya dilakukan selepas penangkapan pemburu. Selepas beberapa percubaan dan kesilapan yang dihadapi, kami mendapati penyingkiran jerat sebelum penangkapan pemburu membolehkan pemburu tersebut bergerak ke kawasan lain untuk meneruskan operasi mereka.
Komponen penting strategi ini adalah untuk menghasilkan sistem yang lebih praktikal dalam pembelajaran dan penyesuaian di dalam kawasan hutan. Lam turut menjelaskan bahawa kesalahan mudah untuk dikenalpasti, namun ianya agak sukar dipelajari dan ditambah baik.
Demi menambah baik, sesi taklimat terperinci dilaksana bersama penganalisa dan pasukan peronda selepas setiap operasi untuk menentukan punca-punca kegagalan dan merancang pendekatan yang berbeza untuk masa depan. Taktik yang baru akan diuji dengan senario role-playing sebelum pelatih membina modul latihan yang lagi mendalam dan realistik.
Pengarang bersama dan Penganalisa Masalah Panthera Phung Chee Chean menambah “Kita semua harus jujur dan terbuka tentang masalah yang dihadapi dan merancang penyelesaian bersama-sama. Ia adalah penting bahawa semua peronda setuju menggunakan kaedah baru dan memahami sebab kaedah tersebut diperkenalkan.
Pengarang bersama, Ketua Penyelidik dan Analisis Jenayah Panthera Counter-Wildlife, Dr. Rob Pickles, mengatakan, “Penilaian baik dalam pemeliharaan adalah sangat jarang menyebabkan pengulangan dalam menggunakan kaedah yang kurang berkesan dan itu hanya akan membazir masa dan sumber kewangan. Kami menguji strategi pembanterasan pemburuan haram hutan belantara untuk membuktikan bahawa pengurangan pemburu haram etnik Vietnam, Siam, dan Kemboja, adalah disebabkan strategi tersebut dan bukan disumbangkan oleh faktor lain. Proses pemahaman kaedah tersebut adalah sukar, namun ia memberikan perspektif yang lebih teliti dalam menilai keberkesanan strategi tersebut.
Pengarang bersama Dr. Gopalsamy Reuben Clements, yang kini berada di ZSL dan Nature Based Solutions mengingatkan, “Walaupun strategi tersebut mampu mengurangkan pemburuan harimau, ia juga mempunyai kekangan. perondaan dalam hutan belantara menunjukkan peningkatan signifikan dalam penangkapan pemburu yang cuba memasuki Kenyir, namun ia tidak menjadi penghalang bagi pemburu Vietnam yang lain untuk meneruskan operasi pemburuan mereka.
Semua pengarang menitikberatkan keperluan untuk menggabungkan usaha perlindungan harimau dengan inisiatif yang tertumpu kepada pencegahan aktiviti memburu dalam komuniti pemburu. Kajian ini mengenal pasti isu melibatkan pengeksploitasian pekerja migran dan individu yang terperangkap dalam masalah kewangan adalah punca mendorong mereka untuk menjadi pemburu haram. Oleh hal demikian, komuniti tersebut boleh dijadikan sasaran dalam strategi pencegahan awal.
Berikutan kejayaan strategi pembanterasan pemburuan haram hutan belantara, peronda kini di seluruh semenanjung Malaysia dilatih dengan teknik tersebut. Dengan ini, kumpulan pelatih yang pertama telah diperkaui pada tahun lepas. Rizab Harimau Diraja Al Sultan Abdullah yang terletak di Pahang juga turut menggunakan teknik dan strategi ini.
Ketua Pengarah PERHILITAN Dato’ Abdul Kadir menjelaskan, “Kita kini sedang berlumba dengan masa untuk melindungi harimau ini, , fokus jabatan kami bertumpu kepada memelihara hidupan liar untuk generasi yang akan datang dengan bantuan strategi pembanterasan pemburuan haram hutan belantara telah terbukti keberkesanannya.
MENGENAI PERHILITAN
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) mempunyai misi untuk memberi komitmen dalam pemuliharaan hidupan liar dan habitatnya untuk generasi akan datang. Ini dapat dilakukan dengan cara memperkasakan program pemuliharaan hidupan liar menerusi aktiviti pengurusan, penguatkuasaan, pengkayaan dan penyelidikan hidupan liar; mengekalkan integriti kawasan perlindungan bagi faedah penyelidikan, pendidikan, ekonomi, estatik, rekreasi dan fungsi ekologi; dan meningkatkan pengetahuan, kesedaran, pembangunan modal insan dan penglibatan masyarakat ke arah konservasi hidupan liar. Layari www.wildlife.gov.my
MENGENAI PANTHERA
Ditubuhkan pada tahun 2006, Panthera adalah organisasi yang menumpukan usaha pemuliharaan kucing liar serta peranan penting mereka dalam ekosistem. Ahli biologi kucing liar yang terkemuka daripada pasukan Panthera, pakar penguatkuasa undang-undang dan penyokong kucing liar membangunkan strategi inovatif berdasarkan ilmu sains terbaik yang sedia ada untuk melindungi cheetah, jaguar, harimau bintang, singa, puma, harimau salji, dan harimau, 33 spesies kucing kecil serta landskap luas mereka. Di 39 negara seluruh dunia, Panthera bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengurangkan dan menghapuskan ancaman terbesar terhadap kucing liar- menjamin masa depan mereka dan kita. Lawati laman sesawang kami di panthera.or
By joining our email list, you will receive the latest conservation updates, exciting stories from the field, our monthly newsletter, and more.
Join Our Email ListPanthera cares about your privacy. Read our Privacy Policy.